BAGAIMANA UNTUK TINGKATKAN
METABOLISMA ???
Berikut adalah 10 tips untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda….
1.Bina otot-otot (build Muscle)
Berikut adalah 10 tips untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda….
1.Bina otot-otot (build Muscle)
Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun
semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi
pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari
manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.
2.Bersenam aerobik
atau berjogging
Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia
mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.
3.Minum banyak air
3.Minum banyak air
Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori.
Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan
menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain
water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum
air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang
mana mengandungi kandungan air.
4.Campurkan ais dalam air
4.Campurkan ais dalam air
Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih
kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula
atau cream/susu pekat manis.
5.Makan lebih kerap
5.Makan lebih kerap
Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat
badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme.
Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang
sewaktu makan tengahari dan makan malam.
6.Pedaskan masakan anda
6.Pedaskan masakan anda
Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh
meninggikan kadar metabolisme.
7.Makan lebih protein
Badan
membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau
karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit,
tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.
8.Minum teh hijau (Green Tea)
8.Minum teh hijau (Green Tea)
Kajian
menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50
kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. Pastikan tanpa
gula!
9.Elakkan crash diet.
9.Elakkan crash diet.
Crash
diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet
ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan
adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar
metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan membakar kurang kalori malah
akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu
itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.
No comments:
Post a Comment