Friday, 5 October 2012

Berniaga rezeki paling menguntungkan


Dalam mana-mana masyarakat, majoriti jutawan dan hartawan terdiri daripada golongan peniaga atau lebih popular dipanggil ahli perniagaan. Ahli perniagaan menguasai kekayaaan dan ekonomi negara, menjadikan mereka berpengaruh dan dihormati dalam masyarakat. 

Semasa Nabi Muhammad SAW berada di Madinah, didapati banyak orang kaya terdiri daripada golongan peniaga. Bahkan aktiviti ekonomi di Madinah dikawal sepenuhnya golongan Yahudi yang menjadi peniaga.

 Antara hadis berkaitan perniagaan paling kerap dibaca ialah mengenai keuntungan terlibat dalam bidang perniagaan. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sembilan per sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.” (Hadis riwayat Bukhari).

..
Sabda Rasulullah bermaksud: “Peniaga yang jujur akan bersama-sama nabi, siddiqin dan golongan mati syahid.” (Hadis riwayat Hakim dan Tirmizi).  

Rasulullah bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh baginda bagi tujuan perniagaan. Muamaalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2:
Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

 

Sebenarnya galakan menyertai bidang perniagaan bukan sahaja bermatlamat mencari keuntungan, sebaliknya perniagaan adalah aktiviti penting yang perlu diutamakan dalam kehidupan seharian manusia.

..
Peniaga membantu orang ramai mendapat apa yang diperlukan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik. Ekonomi dan kesejahteraan rakyat bergantung kepada urusan perniagaan. Sebab itu, kegiatan perniagaan dibenarkan ketika musim haji, sedangkan kegiatan lain tidak dibenarkan.
..
Hal ini membuktikan betapa pentingnya perniagaan dilakukan dilakukan bila-bila masa. Sekiranya aktiviti perniagaan dihentikan, seluruh sistem kehidupan manusia dengan sendirinya terhenti.

No comments:

Post a Comment