Friday, 5 October 2012

Apa yang perlu anda faham tentang penurunan berat badan.



Ramai yg masih lg tak faham dgn penurunan yg di maksudkan apabila kite berdiet.. Sbnrnya berat seseorg tidak blh di ukur hanya dgn jumlah kilo shj kerana berat dlm kilo seseorang terdiri drp berat tulang, berat air, berat lemak dan berat daging.. Ini adalah berbeza utk setiap individu..sbb tu ahli bina bdn mempunyai jumlah berat dlm kilo yg sgt tgi wpun bdnnya kecil kerana jisim ototnya sgt tinggi.. Jd adalah sgt penting bg seseorang yg serious ingin menurunkan brt bdn mengambil ukur lilit bdn mereka sblm melakukan sebarang diet..bkn hanya berpandukan nombor yg tertera di mesin penimbang anda..
 
1. Berat Air
Tahukan anda bahawa badan anda mengandungi kira-kira 60 peratus air dan selebihnya adalah otot dan beberapa tisu yang lain. Bagi seorang lelaki yang beratnya 100kg bermakna dia telah membawa sebanyak 60kg cecair dalam badannya yang majoritinya adalah darah anda.Badan anda bekerja keras untuk mengekalkan keseimbangan pengagihan air dan mengambil kira tentang pengambilan dan perkumuhan yang kita lakukan. Sistem ini berbeza bergantung kepada pelbagai faktor, seperti fasa haid, kadar pengambilan cecair dan senaman.

Sesetengah orang lebih sensitif kepada turun naik berat air daripada yang lain. Apabila anda bersenam untuk kali pertama atau cuba bentuk baru aktiviti fizikal, gentian otot boleh menjadi bengkak dan radang. kebengkakan dan keradangan ini menyebabkan ketidakseimbangan air secara sementara. Bengkak yang merangsang ini sakit akan mula dirasai selepas 12 hingga 48 jam anda bersenam. Kesakitan dan bengkakakan hilang apabila anda melakukan senaman yang sama berulang-ulangkali. Kebengkakkan ini juga meyumbang kepada peningkatan berat badan ataupun anda merasai seperti penurunan berat badan terhenti.

2. Lemak Kurang Padat Berbanding Otot
Yang mana satu lebih berat? : satu paun otot atau satu paun lemak? Ini adalah soalan trik. Sudah tentu, satu paun dengan satu paun sama beratkan! Tetapi lemak dan otot mempunyai ketumpatan yang berbeza, dan oleh itu berbeza segi jumlah. Dalam erti kata lain, lemak mengambil ruang yang lebih daripada jumlah yang sama dengan otot. Ini bermakna otot mengambil ruang 18 peratus kurang daripada lemak.Itulah sebabnya mengapa dua orang yang berat yang sama boleh kelihatan sangat berbeza, bergantung kepada berapa banyak lemak dan otot masing-masing punyai. Ini adalah juga sebabnya mengapa anda perlu menilai progres penurunan berat anda melalui kehilangan inci, longgarnya pakaian anda dan perubahan takuk lubang pada tali pinggang anda.

3. Penurunan berat Badan Itu Tidak Selalunya Dalam Garisan Lurus
Kebanyakan proses badan kita tidak selalunya berada dalam garisan lurus. Sebaliknya, badan kita akan melalui fasa cepat, lambat dan stagnant (tetap). Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur11 tahun tidak semuanya sama tinggi. Ada yang rendah, sederhana malah ada yang 3-4 inci lebih tinggi daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Penurunan berat badan juga tidak terkecuali. Pepatah Inggeris “two steps forward, one step back” diharapkan dapat membantu anda memahami makna yang ingin saya sampaikan ini.
Tiada penurunan berat badan selepas beberapa ketika merupakan satu proses semulajadi dalam proses penurunan berat badan. Dalam kebanyakan kes ia akan kembali kepada keadaan asal semula (ketika anda mengalami penurunan yang sekata) selagi anda tetap dalam proses penurunan berat badan.

4. Menghampiri Berat idaman Anda
Semakin anda menghampiri berat idaman anda, badan anda mula untuk “mempertahankan” terhadap kehilangan berat badan selanjutnya. Jika anda tingin kehilangan 20kg daripada berat badan anda, 10 kg yang pertama akan kelihatan sangat mudah. Kg yang seterusnya biasanya akan mengambil masa yang lama, dan memerlukan disiplin yang lebih.Yang penting adalah untuk bersabar dan membolehkan diet anda memperlihatkan `sesuatu’ untuk anda.

DIET SD2 X BLEH MAKAN BUAH?????


Mengapa Buah Tidak Dibenarkan Ketika Diet Alpha Lipid SD2?




Terdapat beberapa pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan konsep memakan buah-buahan semasa melakukan diet SD2. Masih ada yang mengatakan boleh memakan buah-buahan tertentu dan tidak boleh memakan buah-buahan yang lain.

Oleh yang demikian pengamal SD2 sendiri mesti faham kenapa sebenarnya kita tidak digalakkan untuk memakan buah-buahan tersebut. Walaupun kebanyakan buah-buahan adalah didalam kategori karbohidrat yang baik, namun begitu buah-buahan adalah makanan yang mengandungi kandungan gula terbanyak dibandingkan dengan semua jenis makanan yang lain dan ini akan menghalang penurunan berat badan dan pembakaran lemak.

Didalam fasa penurunan berat badan, kabohidrat yang boleh diambil hanyalah diantara 20 – 35 gram sehari untuk badan kita supaya masih boleh membakar lemak dibadan.

Karbohidrat didalam buah-buahan adalah terlalu tinggi untuk tahap yang dibenarkan ini. Mari kita lihat secara secara terperinci kandungan karbohidrat didalam beberapa jenis buah-buahan sebagai contoh:

Jenis Buah Hidangan Kandungan Karbohidrat (gram)
  • Apple Hijau 1 (sederhana) 9.1 g
  • Apple Merah 1 (kecil) 13.1 g
  • Pisang 1 (keci) 22.9 g
  • Jambu (Guava) 1 (kecil) 20 g
  • Oren 1 (kecil) 10.4 g
  • Belimbing 1 (kecil) 10 g
  • Durian 1 (ulas) 27.9 g
  • Rambutan 4 – 5 (biji) 13.9 g
  • Anggur 8 (biji) 16.3 g
  • Betik 1 potong (kecil) 7.1 g
  • Tembikai 1 potong (kecil) 6 g
  • Avocado 1 (sederhana) 0.5 g

Source: New Image – Rapid Weight Loss Made Easy

Jika anda yakin bahawa buah-buahan yang anda makan tidak melebihi 35 gram sehari seperti memakan buah avocado, maka anda boleh makan buah-buahan tersebut. Jika tidak, adalah lebih selamat jika anda tidak menyentuh buahan-buahan tersebut untuk menjamin bahawa anda masih boleh membakar lemak tersimpan.

Anda harus bertanggungjawab sendiri tentang apa yang anda makan dan tidak hanya mengambil cadangan atau pendapat tertentu tanpa memahami sebabnya yang sebenar. Apabila anda telah faham akan konsep ini maka anda sudah boleh pula mengkaji akan sayur-sayuran dan banyak manakah yang anda boleh makan sehari.

Sila lihat dan fahamkan akan kandungan karbohidrat sayur-sayuran dibawah dan buatlah keputusan anda sendiri daripada maklumat tersebut.

Vegetables (serving size) Carbs
·        Peas, green, cooked (1 cup) 25g
·        Peppers, green (1 cup)10g
·        Pumpkin, cooked, mashed (1 cup)12g
·        Radishes, raw (1 cup) 4g
·        Spinach, cooked (1 cup) 7g
·        Squash, zucchini, cooked (1 cup) 8g
·        Squash, winter, acorn, cooked (1 cup) 30g
·        Succotash, cooked (1 cup) 47g
·        Sweet potato, baked w/skin (large) 44g
·        Tomatoes, raw (1 cup) 8g
·        Turnip, cooked, mashed (1 cup) 11g



BERAT BADAN XTURUN?


Apa Nak Buat Kalau Berat Badan Masih Tak Turun?

Tips dari King :
" Jika dlm sesuatu masa tiba2 berat badan tak turun bile berdiet ALL SD2 wlpun berat ideat masih jauh dicapai. jgn panik yea, maybe body kita penuh berasid, so ape patut buat??

Jawapannya :

STOP sementara minum AL SD2 dlm tempoh 3/4hari dan amalkan makan HANYA semua jenis sayur2an hijau dan buah2an dlm tempoh tuh..

Karbo & sugar MESTI DIELAKKAN juga.. dah abis tempoh 3/4 hari, sila berdiet semula dgn ALL SD2, dan lihat hasilnya!!! pasti ade perubahan, ini dinamakan proses DETOX.. "


Apa itu proses Detox?

Proses detox atau nama penuhnya adalah proses pembuangan sisa toksin dalam badan. Apabila toksin terlalu banyak dalam badan, proses penurunan berat badan akan terganggu dan akibatnya penurunan berat badan sangat lambat.

Tips Tingkatkan Metabolisma Badan



BAGAIMANA UNTUK TINGKATKAN METABOLISMA ???

Berikut adalah 10 tips untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda….

1.Bina otot-otot (build Muscle)
Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2.Bersenam aerobik atau berjogging 
Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3.Minum banyak air
 Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4.Campurkan ais dalam air
 Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5.Makan lebih kerap
 
 Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6.Pedaskan masakan anda
 Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

7.Makan lebih protein
Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8.Minum teh hijau (Green Tea)
 Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. Pastikan tanpa gula!

9.Elakkan crash diet. 
 Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan membakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.
10. Amalkan Alpha Lipid SDII 
 Ambil 2 sudu 4 kali sehari untuk mendapat penurunan berat 2-5kg dalam seminggu. Jika 10 tips ini dilakukan PASTI anda akan dapat berat ideal yang diidamkan! SAY NO TO FAT!

FAKTA MENGENAI OBESITI DI MALAYSIA


(PETIKAN DARI UTUSAN ONLINE)

Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit.

Justeru katanya, obesiti mesti ditangani secepat mungkin sebelum semakin ramai rakyat Malaysia mengalaminya."Obesiti boleh menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh dan memberikan kesan negatif pada kesihatan.

"Pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, jantung serta menjejaskan sistem reproduksi berpunca daripada obesiti," katanya.Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak kepada 250 peratus pada tempoh 10 tahun lalu daripada 1996.

Sementara itu, jumlah mereka yang mengalami kegemukan turut bertambah kepada 70 peratus.
Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau obesiti.

Lebih membimbangkan jumlah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006.
Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat.

Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti.

Wednesday, 3 October 2012

HANTAR TESTIMONI, ANDA DAPAT HADIAH TUPPERWARE!

BERITA BAIK BAGI PELANGGAN SEKALIAN………..
NAK HADIAH MISTERI DARI TUPPERWARE??????????
SAYA INGIN MERAIKAN PELANGGAN-PELANGGAN YANG BERJAYA MENURUNKAN BERAT BADAN!
ANDA HANYA PERLU HANTARKAN TESTIMONI ANDA MELALUI EMEL  DENGAN MELENGKAPKAN BUTIR-BUTIR DIBAWAH!! TESTIMONI ANDA AKAN DISIARKAN DIBLOG SAYA BAGI MEMBERI MOTIVASI KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN YANG LAIN…………
Apa yang diperlukan
1)    GAMBAR ANDA SEBELUM MEMULAKAN DIET DENGAN SD2 DAN SELEPAS ANDA MENCAPAI BERAT IDEAL (BESERTA TARIKH GAMBAR DIAMBIL)
2)    NO PELANGGAN (AKAN DIBERI SEMASA ANDA ODER SD2 DENGAN SAYA)
3)    BERAT ASAL (KG)
4)    TINGGI (cm)
5)    BERAT DICAPAI
6)    JUMLAH BIL. TIN SD2 DIGUNA
7)    MASA DIAMBIL UNTUK MENCAPAI BERAT IDEAL
 INI BUKAN PERTANDINGAN, SEMUA PELANGGAN YANG MEMBELI SD2 DENGAN SAYA LAYAK MENYERTAINYA DAN MENDAPAT HADIAH MISTERI. DENGAN SYARAT ANDA MESTILAH BERDISIPLIN DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN DAN MENCAPAI BERAT IDEAL!!!!!!!!!!!

Hubungi saya:
MARIA BINTI EMBONG
 PENGEDAR ALPHALIPID BERDAFTAR, ID:1306822)
TEL (CALL/SMS) : 0132225702
EMAIL : MARIA_MR1825@YAHOO.COM