Ramai yg masih lg tak faham dgn
penurunan yg di maksudkan apabila kite berdiet.. Sbnrnya berat seseorg tidak
blh di ukur hanya dgn jumlah kilo shj kerana berat dlm kilo seseorang terdiri
drp berat tulang, berat air, berat lemak dan berat daging.. Ini adalah berbeza
utk setiap individu..sbb tu ahli bina bdn mempunyai jumlah berat dlm kilo yg
sgt tgi wpun bdnnya kecil kerana jisim ototnya sgt tinggi.. Jd adalah sgt
penting bg seseorang yg serious ingin menurunkan brt bdn mengambil ukur lilit
bdn mereka sblm melakukan sebarang diet..bkn hanya berpandukan nombor yg
tertera di mesin penimbang anda..
1. Berat Air
Tahukan anda bahawa badan anda
mengandungi kira-kira 60 peratus air dan selebihnya adalah otot dan beberapa
tisu yang lain. Bagi seorang lelaki yang beratnya 100kg bermakna dia telah
membawa sebanyak 60kg cecair dalam badannya yang majoritinya adalah darah
anda.Badan anda bekerja keras untuk mengekalkan keseimbangan pengagihan air dan
mengambil kira tentang pengambilan dan perkumuhan yang kita lakukan. Sistem ini
berbeza bergantung kepada pelbagai faktor, seperti fasa haid, kadar pengambilan
cecair dan senaman.
Sesetengah orang lebih sensitif
kepada turun naik berat air daripada yang lain. Apabila anda bersenam untuk
kali pertama atau cuba bentuk baru aktiviti fizikal, gentian otot boleh menjadi
bengkak dan radang. kebengkakan dan keradangan ini menyebabkan
ketidakseimbangan air secara sementara. Bengkak yang merangsang ini sakit akan
mula dirasai selepas 12 hingga 48 jam anda bersenam. Kesakitan dan bengkakakan
hilang apabila anda melakukan senaman yang sama berulang-ulangkali.
Kebengkakkan ini juga meyumbang kepada peningkatan berat badan ataupun anda
merasai seperti penurunan berat badan terhenti.
2. Lemak Kurang Padat
Berbanding Otot
Yang mana satu lebih berat? : satu
paun otot atau satu paun lemak? Ini adalah soalan trik. Sudah tentu, satu paun
dengan satu paun sama beratkan! Tetapi lemak dan otot mempunyai ketumpatan yang
berbeza, dan oleh itu berbeza segi jumlah. Dalam erti kata lain, lemak
mengambil ruang yang lebih daripada jumlah yang sama dengan otot. Ini bermakna
otot mengambil ruang 18 peratus kurang daripada lemak.Itulah sebabnya mengapa
dua orang yang berat yang sama boleh kelihatan sangat berbeza, bergantung
kepada berapa banyak lemak dan otot masing-masing punyai. Ini adalah juga
sebabnya mengapa anda perlu menilai progres penurunan berat anda melalui
kehilangan inci, longgarnya pakaian anda dan perubahan takuk lubang pada tali
pinggang anda.
3. Penurunan berat Badan
Itu Tidak Selalunya Dalam Garisan Lurus
Kebanyakan proses badan kita tidak
selalunya berada dalam garisan lurus. Sebaliknya, badan kita akan melalui fasa
cepat, lambat dan stagnant (tetap). Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur11
tahun tidak semuanya sama tinggi. Ada yang rendah, sederhana malah ada yang 3-4
inci lebih tinggi daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Penurunan berat
badan juga tidak terkecuali. Pepatah Inggeris “two steps forward, one step back”
diharapkan dapat membantu anda memahami makna yang ingin saya sampaikan ini.
Tiada penurunan berat badan selepas
beberapa ketika merupakan satu proses semulajadi dalam proses penurunan berat
badan. Dalam kebanyakan kes ia akan kembali kepada keadaan asal semula (ketika
anda mengalami penurunan yang sekata) selagi anda tetap dalam proses penurunan
berat badan.
4. Menghampiri Berat
idaman Anda
Semakin anda menghampiri berat
idaman anda, badan anda mula untuk “mempertahankan” terhadap kehilangan berat
badan selanjutnya. Jika anda tingin kehilangan 20kg daripada berat badan anda,
10 kg yang pertama akan kelihatan sangat mudah. Kg yang seterusnya biasanya
akan mengambil masa yang lama, dan memerlukan disiplin yang lebih.Yang penting
adalah untuk bersabar dan membolehkan diet anda memperlihatkan `sesuatu’ untuk
anda.
No comments:
Post a Comment